Everyday Smile
Le Master!

Assalamualaikum,Kon'nichiwa earthling! You have entered to my site. Be nice here and leave your footprints on my tagboard.Want to be my friends?Ask me at tagboard okay!
Travel This Site

Entries About Linkies Stuff

Talking Here



♦ Sorry if I don't reply your message
♦ Churpchurp,says,etc are not allowed
♦ Tell me that you followed my blog,then I will follow you back!
♦ Harsh words & Anon not allowed


Big Clap

Template: Intan Aqilah
Basecodes: Yaya
Others:   
Edit: Wan Aqilah


All rights reserved ® Wan Aqilah 2011 - 2013

Sinopsis Novel Ombak Rindu

                                Assalamualaikum W.B.T

     Harie nie Qila tgh rajin nk kongsi cerita/sinopsis Ombak Rindu.Bukan aper Qila xder kerja nk buat.Kalau rajin baca lah mmg pnjg tapi Qila sedaya upaya utk memendekkannyer.Story nie Qila buat sendiri tau n Qila rujuk pada novel Ombak Rindu tuh sendiri (yup,Qila ada novel tuh sendiri.Nak bukti nnti dtglh rmh Qila n tengok sndiri.Boys/Man not allowed to come to my house!!!).I'm not a copy cat key...jom lah Qila mls nk membebel so let's enjoy the story.Kalau xlarat baca GET OUT OF MY BLOG!!!

Chopp!!!Leps baca jgn lupa KOMEN tau!!!!OPPSSS ada lagi,kalau korang nk copy bagitahu Qila tau.Kalau xbg tahu...tahulah apa yg akan terjadi pada hidup anda....Hahahahah(gelak jahat)

Watak2 dan perwatakan
*Izzah(Maya Karin)-Anak yatim piatu
                            -Seorg yg lemah lembut,pemaaf,cantik
                            -Menjadi perempuan simpanan yg HALAL ats dasar penjanjian dia dan Hariz

*Hariz(Aaron Aziz)-Panas baran
                           -kacak
                           -Penyayang

*Mila(Lisa Surihani)-isteri ke-2 kpd Hariz
                            -Seorg pelakon yg cantik

*Pak Dollah-Pemandu kepada keluarga Hariz

*Datuk Sufiah-Dia tidak suka kepada Izzah dan mementingkan kerjaya

*Irah/Zahirah-Anak tunggal kepada Datuk Sufiah-minat seni-Telah berkhwin dengan org biasa yg tidak kaya

JOM BACA

     Izzah gadis yatim piatu yang kematian orang tuanyer akibat kemalangan jalan raya.Dia terpaksa tinggal bersama bapa saudaranya,Pak Cik Taha.Namun,kehadirannya di dalam keluarga itu dianggap sebagai pembawa malang.

     Disebabkan tabiat suka berjudi,Pak Cik Taha sanggup menjual anak saudaranya itu kps tauke kelab mlm.Izzah terpaksa walaupun hatinya tidak rela diperlakukan sebegitu.Namun sbagai wanita dier pasrah.

     Disitu,dia mnjadi pelayan kelab.Selepas enam minggu Izzah kerja di kelab itu,dia dijual pula pada Kevin utk meraih keuntungan.selepas itu,dia dipaksa minum sejenis minuman khayal hinggakan dia langsung tidak sedar apa yang berlaku.

Refresh Izzah mind
     Pagi itu,Izzah mencelikkan matanya.Apabila Izzah mahu bangun dier terperanjat krana ada seorg llaki sdang nyenyak tidur sebelahnya.

     Hariz!Dia kenal laki itu kerana laki itu slalu memintanya menemani mnari & b'sembang.Smakin ditolak,smakin kerapllaki itu memujuk.Izzah gagal mmpertahnkan kesuciannya.

     Izzah bingkas bangun & mncapai pkainnya.Izzah t'buru-buru mnyarung pkainnya dan mnuju kearah pintu tapi berkunci.Dia mncari kunci itu dgn prlahan supaya laki itu tidak sedar.

      "Kau cari apa?Kau cari ni?"
Izzah berpaling pada Hariz dan llaki itu tersenyum sambil mnunjukkan kunci dlm genggamannya.

     Di situ,Izzah telah berkenalan dgn Hariz.Ats dasar simpati,Hariz telah mmbawa Izzah keluar dari neraka jahanam itu.Hariz juga bersetuju menghwini Izzah tetapi dgn syarat!Perkahwinan ini mesti dirahsiakan oleh sesiapa termasuk Datuk Sufiah iaitu ibu kpd Hariz.

     Izzah telah dibawa ke apartmen Bayu Damai.Tanpa disedari perasaan kasih sayang mula berputik di dalam hati Hariz sewaktu dia pengsan akibat ditampar dan dihentak kedinding kerana hariz menyangka Izzah mengandung walhal Izzah tidak bunting.Namun,dugaan lain yg ditimpa.Hariz terpaksa mengahwini Mila Amylia.

     Perasaan Izzah dan Hariz telah berputik.Perkataan "Aku" yg selalu keluar dari mulut Hariz apabila bercakap dgn Izzah telah bertukar mnjadi "Abang".

     Waktu Hariz mengalami kemalangan dilampu isyarat,ada pelbagai masalah berlaku.Foto Izzah bersama Hudhairi ditunjuk kpd Hariz oleh Datuk Sufiah walhal waktu itu Izzah menunggu tunang Hudhairi yg pergi ke toilet.Disebabkan amarah dan kebencian yg terpendam kpd Izzah diluahkan pada Hariz dgn mereka cerita bahawa Izzah telah curang kpd Hariz sewaktu Hariz masih sakit.

     Perasaan cemburu Hariz telah menyebabkan Izzah dikahwin gantung dan kehilangan anak sewaktu Hariz menolak Izzah dan Izzah tersungkur di atas tanah dan perut Izzah menghempap batu besar.

     Pak Dollah ingin memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah tapi perkara lain yg jadi.Keluarganya dihina.Dengan perasaan marah Pak Dollah,dia memberi satu tamparan kepada Hariz.Saat itu Datuk Sufiah baru pulang.Datuk Sufiah mengintai di bilik tingkap.

    Waktu itu Pak Dollah menceritakan semuanya pada Hariz termasuk kejadian Datuk Sufiah kehilangan anak.

     "Kau tahu tak,siapa mak dan bapak kau sebenarnya?"soal Pak Dollah sambil mencuit bahu Hariz dgn kasar.Hariz masih diam.

     "Aku!Akulah bapak kau sebenarnya dan orang yang kau hina kebuluran tu adlh mak kau!"

     Datuk Sufiah terjatuh dari sofa.Degupan jantungnya tersekat-sekat.Bibirnya terketar-ketar ingin berkata sesuatu.

     "I... Irah."

     Hanya itu yg mampu dia suarakan.Sesak didadanya semakin genting.Mak Mah panik.

     "Mengucap Datuk,mengucap."

     Mak Mah mengajari Datuk Sufiah mengucap dua kalimah syahadat dan wanita itu mengikutinya dengan suara tersekat-sekat dan hanya didengari oleh pembantu rumahnya.
    
     "Innalillah....."   
.....................................................................................................................................................
     Hariz ingin memohon maaf pada Izzah.Sewaktu Izzah pulang ke apartmen utk mngambil barangnya yg tertinggal,dia terdengar Hariz memanggilnya namanya namun,mata Hariz masih terpejam.

     "Abang sayang Izzah .Abang dah tahu semuanya ini fitnah belaka.Izzah maafkan abang,kan?"mohon Hariz lagi.Dia yakin kata Pak Dollah iaitu pemandu atau sebenarnya bapanya sendiri.

Izzah telah memaafkan Hariz dan Mila telah diceraikan oleh Hariz.Mereka hidup bahagia dan Hariz akan bagitahu semua orang yg Izzah adalah isterinya yang mutlak.

Ombak yang bergelora kian menghilang
Rindu yang terlerai tampak indah
Bila...
Tabir cinta Hariz tersingkap
Semarak cinta Izzah terbela
Lalu...
Hariz dan Izzah melakar bahagia

                                                                 ...TAMAT...

Hasil karangan ini tidaklah begitu cemerlang.hohohohoh...Tapi anda terhiburkan...Ini adalh hasik yang ORIGINAL dari Qila.(just sinopsis).Maaflah kalau ada cerita yg tersangkut.Alah Qila mls nk tulis berderet-deret.Semua dialog itu benar dan tertulis dlm novel itu cuma ada Qila pendekkan.Sinopsis nie pnjgkan....sori setakat ini Qila mampu utk buat supya ajdi pendek...huhuhuhuh...Kalau xlarat baca GET OUT OF MY BLOG!!!Jangan lupa komen tau.Kalau nk copy bg tahu...Kalau sinopsis nie best komen jgk...TAU...Kalau xpaham jom layan video nieh:



BYE2